Loading...
Blog Profile Facebook Facebook Page Twitter Digg Blogged.my NetworkedBlogs Bloggers Gengblogger JohoreanBloggers KelantanBloggers SelangorBloggers Undi.ME IMcurtain ProjectPetalingStreet
E-mail Me Twitter Facebook Bloggers
Google Yahoo MSN
Feature Interesting Facts Activities Day Random Post
Disclaimer Term Of Use Copyright Statement Read Me

Blogger Status:

The blog writer is back to school. Blog maybe updated as soon as the blog writer has some free time. School activities will totally occupy most of blog writer's time.Sorry for any inconveniences.

Have some time to view,read and explore this blog. Don't forget to comment some blog posts and leave your link at the shoutbox.

You are welcomed to follow this blog :)

Monday,June 13,2011 at 12:00am

More>>View Recent Blogger Status

Chat with Blog Writer

Tuesday, December 14, 2010 | 7:58 AM | 0 Comments

Ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 13/12/2010

Pada hari Isnin bertarikh 13/12/2010 merupakan hari yang penting kepadaku kerana pada hari itu aku menghadapi ujian motosikal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terletak di Institut Memandu Maju Jaya.
Aku masih ingat lagi tentang kisah bagaimana aku memulakan kisah sebagai pelajar di Institut Memandu Maju Jaya tersebut untuk mendapatkan lesen dan menjadi penunggang motosikal yang sah di jalan raya.



Mari kita imbas semula apa yang telah aku catatkan di blog ini.
Pertama sekali,aku menghadiri kursus teori sebelum menduduki ujian undang-undang berkomputer.Pada kursus teori tersebut telah diadakan ujian buta warna dan aku telah lulus kerana aku tidak buta warna.Alhamdulillah,setelah lulus ujian undang-undang berkomputer,aku pun layak untuk meneruskan kursus amali.
Kisah mengenai kursus amali tersebut dapat dibaca melalui pautan yang berikut yang disusun mengikut susunan kronologi.
(1) http://mohamadnazri.blogspot.com/2010/06/hari-ini-kursus-amali-memandu.html
(2) http://mohamadnazri.blogspot.com/2010/06/balik-daripada-kursus.html
(3) http://mohamadnazri.blogspot.com/2010/06/kelas-amali-motosikal.html
Setelah itu,aku pun berjaya mendapat lesen L sebagai permulaan sebelum mendapat lesen P.Baca kisah mengenai aku mendapat lesen L di pautan berikut:
http://mohamadnazri.blogspot.com/2010/06/hari-ini-dapat-lesen-l-motosikal.html

Jadi,apakah perkembangan tersebut?
Pada entri kali ini akan aku kisahkan mengenai perkembangan tersebut tentang ujian motosikal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setelah apa yang aku berjaya lalui sebelum ini.
Satu persoalan mungkin bermain di kotak fikiran anda. Mengapa baru kini aku mengambil ujian tersebut dan mengapa tidak dilakukan sejurus selepas kursus?
Bukan sebab aku belum mahir menunggang motosikal tetapi rutin harianku banyak diluangkan waktu di sekolah dan tidak sempat untuk menyambung latihan dan mengambil ujian tersebut di Institut Memandu Maju Jaya itu.Oleh sebab itu,aku mengambil keputusan untuk meneruskan semula apabila bermulanya musim cuti sekolah dan semestinya tidak menjadi masalah buat diriku kerana aku sudah mahir menunggang motosikal dan hanya perlu buat apa yang patut dibuat seperti penunggang lain lakukan di litar latihan tersebut.

Sebelum ujian motosikal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),aku telah menghadapi Q test atau dikenali juga sebagai ujian kelayakan pada hari Jumaat bertarikh 03/12/2010 untuk memastikan penunggang tersebut benar-benar layak sebelum dinilai oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Alhamdulillah,aku telah berjaya melalui Q test tersebut dengan jayanya.Seminggu lebih kemudian,iaitu pada hari Isnin bertarikh 13/12/2010 mulalah ujian motosikal yang dinilai oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan ujian ini sungguh penting bagi semua penunggang motosikal kerana untuk memperoleh lesen P sebelum memperoleh lesen tetap.

Kisah mengenai ujian motosikal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula di sini...
Seperti yang telah diketahui,pada hari Isnin bertarikh 13/12/2010 sekitar pukul 2:15 petang,aku bersama ayahku menggunakan kereta pergi ke lokasi ujian diadakan iaitu di Institut Memandu Maju Jaya.
Sekitar 15 minit kemudian,aku pun sampai ke lokasi kejadian.

Apa yang dapat aku perhatikan ketika itu ialah kelihatan orang ramai yang telah memenuhi tempat tersebut.
Aku terus menunggu di tempat duduk sebelum ujian bermula.
Sebelum ujian motosikal,ujian kereta diadakan terlebih dahulu oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kesimpulannya,calon ujian motosikal dan kereta terdapat di lokasi kejadian sebelum menunggu tiba waktunya untuk dinilai oleh pihak tersebut.

Waktu itu,aku masih lagi menunggu di luar pejabat sehingga pengajar tersebut keluar dari pejabat dan menyuruh aku bersama calon ujian motosikal yang lain masuk ke kelas C yang terletak di dalam pejabat tersebut.Rupa-rupanya calon yang lain yang datang lebih awal daripadaku telah pun berkumpul di dalam kelas C tersebut.Kemudian,taklimat oleh pengajar lelaki yang bercermin mata itu bermula.Antara nasihat berguna yang diberikan olehnya adalah agar tidak berasa gugup apabila bermulanya ujian kelak.
Nasihat berbentuk gurauan dan berunsur lucu ternyata dapat menenangkan calon ujian motosikal sementara dan suasana riang wujud dan tidak terasa masa berlalu sebelum ujian motosikal bermula.

Oh ya,aku masih ingat lagi tentang borang ujian tersebut. Pengajar tersebut menyuruh calon ujian motosikal untuk mengisi borang tersebut dengan tepat dan betul. Apa yang dapat kulihat pada borang tersebut adalah tentang kriteria pemarkahan dan rekod kursus dan ujian kelayakan yang telah aku lalui sebelum ini.
Tidak kusangka bahawa aku akhirnya berjaya melepasi pelbagai tahap dan sekarang di sinilah tempat kuberada,menanti untuk dinilai oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sementara menunggu,aku pun bersiar-siar di sekitar tempat tersebut.Calon ujian motosikal yang lain sungguh peramah dan aku mudah bergaul dan berkenalan dengan mereka walaupun kebanyakan antara mereka lebih tua dan berusia daripadaku.
Sedang aku masih berehat menunggu ujian untuk diadakan,tiba-tiba hujan pun turun.
Hujan suatu rahmat.


Lihatlah firman Allah yg bermaksud :
“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.” (al-Hijr : 22)

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57 )

"Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lainmenyuburkan tumbuh-rumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya)kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamudengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun,kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan ALLAH) bagi kaum yang berfikir." (An-Nahl:10- 11)

Hadis Riwayat Muslim Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah r.a. katanya, dia mendengar Aisyah r.a., isteri Rasulullah SAW bercerita, "Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah SAW sehingga baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir). Apabila hujan telah turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya. Berkata Aisyah, "Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu rupa." Jawab baginda, "Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat."


Ketika itu,hujan turun dengan lebatnya dan angin bertiup dengan kencang.
Walau bagaimanapun,ujian oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mesti tetap terus diadakan tanpa sebarang alasan.

Aku mula berfikir bagaimana hendak menghadapi ujian jika hujan lebat turun dan angin kencang bertiup.
Setelah itu,hujan pun kembali reda tetapi litar ujian masih lagi basah dan licin.
Kemudian,motosikal pun dikeluarkan dan dihidupkan.
Sebelum itu,kami semua dikehendaki mendaftar dan menyerahkan borang tersebut di bilik pihak JPJ.
Tujuannya ialah untuk mendapat angka giliran dan aku telah memperoleh angka giliran yang ke-17 daripada 21 orang calon. Oleh sebab itu,mudahlah aku untuk memerhati calon yang lebih awal daripadaku dan kita belajar daripada kesilapan/kesalahan orang lain,bukan begitu?

Sekarang,tiba pula giliranku untuk dinilai. 4 orang penilai daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memerhatikan setiap calon.Setelah tiba giliranku,aku pun mendekati motosikal yang disediakan oleh pihak tersebut iaitu motosikal Honda Wave.Aku menghidupkan enjin motosikal dengan lafaz bismillah dan menunggu arahan lanjut daripada pihak penilai.

Kemudian,pihak penilai melambaikan tangan sebagai isyarat "GO" dan aku pun memulakan perjalanan seperti biasa yang telah aku lakukan sebelum ini.
Bermula dengan bulatan angka 8 dan aku telah berjaya di litar bulatan angka 8 apabila membuat pusingan sebanyak satu setengah tanpa sebarang masalah.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa litar pada ketika itu sungguh licin dan sedikit sahaja brek dapat mengalihkan tayar belakang.Seterusnya ialah meniti di atas titian.Aku lakukannya dengan penuh berhati-hati kerana titian tersebut hanya muat untuk tayar dan cuba bayangkan untuk mengimbangkan diri dan motosikal di atas titian yang licin.Silap-silap boleh tergelincir daripada titian tersebut dan menyebabkan untuk memperoleh keputusan "GAGAL".Syukur alhamdulillah,aku berjaya menempuh titian tersebut dan memang tidak dapat dinafikan bahawa titian inilah yang menjadi tumpuan para penilai dan calon ujian motosikal.
Setelah itu merupakan halangan kon dan ini tidak menjadi masalah kepada calon sekalian termasuk diriku kerana halangan tersebut amat mudah sahaja.
Seterusnya,aku perlu menghadapi ujian brek kecemasan.Oleh sebab hari hujan dan litar pun licin,para penilai memesan agar tidak terlampau laju dan memadai untuk brek sekadar untuk berhenti sahaja kerana takut calon ujian motosikal akan terlibat dalam kemalangan.Siapa nak tanggung jika kemalangan ketika masih dalam ujian? Kemudian,aku perlu melalui selekoh tajam,dan meneruskan perjalanan ke titik tamat sebelum berakhirnya ujian tersebut.
Syukur alhamdulillah,aku berjaya melalui semua ujian tersebut walaupun terdapat faktor/masalah cuaca dan keadaan litar yang licin.

Akhirnya,semua peserta selamat menjalani ujian.Aku pun menunggu keputusan ujian untuk mengetahui samada aku lulus atau kandas.Jika lulus,maka layak untuk memperoleh lesen P dan bolehlah aku membawa penumpang dan seterusnya dinaiktarafkan kepada lesen tetap.Jika gagal,maka ujian semula perlu diadakan dan dikenakan sejumlah bayaran.Alhamdulillah,aku pun mendapat keputusan ujian dan ternyata aku telah lulus  ujian motosikal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tersebut.
Setelah memperoleh salinan keputusan,aku pun menghantar semula jaket keselamatan bernombor 17 ke bilik JPJ tersebut.Kemudian,aku pun pulang ke rumah bersama ayahku menggunakan kereta.Jam ketika itu menunjukkan pukul 5:30 lebih pada waktu petang.Cuba bayangkan,tiba pada lokasi ujian pada pukul 2:30 petang dan ujian bermula sekitar pukul 5 petang.Berapa jam diluangkan masa hanya untuk menunggu?

Baiklah,sekadar itu sahaja entriku buat kali ini tentang ujian motosikal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada hari Isnin bertarikh 13/12/2010.

Menunggu lesen P untuk keluar

Oh ya,di sini ingin aku selitkan gambar salinan keputusan yang telah aku peroleh sepanjang aku bergelar pelajar di Institut Memandu Maju Jaya untuk memperoleh lesen P dan diiktirafkan sebagai penunggang motosikal yang sah dan berlesen.
Buat masa ini,aku masih lagi menunggu untuk lesen P dikeluarkan.Bila agaknya lesen P akan dikeluarkan?
Jika ada apa-apa perkembangan,akan kukhabarkan melalui blog ini.
Jom lihat gambar salinan keputusanku di bawah: (detik-detik sebelum aku menduduki dan lulus ujian JPJ)
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar.

Beginilah rupa ujian buta warna pada kursus teori


Setelah lulus ujian undang-undang berkomputer


Keputusan markah ujian undang-undang berkomputer


Salinan keputusan ujian JPJ 


Sekian sahaja entriku buat kali ini.
Harap pengalamanku ini dapat dijadikan teladan dan pengajaran kepada mereka yang ingin mengambil lesen motosikal.Jika ada apa-apa pertanyaan,laman blog,laman facebook atau laman twitter terbuka kepada anda.
Nasihatku adalah supaya bersedia terlebih dahulu sebelum menghadapi ujian terutama ujian undang-undang berkomputer,ujian kelayakan dan ujian JPJ.
Untuk ujian berkomputer tersebut,cuba baca dan fahami setiap apa yang terkandung di dalam buku tersebut kerana akan banyak membantu anda untuk menjawab ujian tersebut kelak.
Bagi ujian kelayakan dan JPJ,anda mesti mahir dan membiasakan diri dengan motosikal dan yakin diri.Jangan berasa takut dan gugup melihat pihak penilai.
Insyaallah,jika aku boleh,mengapa tidak anda?

Sekian sahaja, :)

Like This Blog's Posts? Get the Latest of It Directly from your Inbox for Free - Enjoy your Day!
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © 2011 - All right reserved | Nazri ‘s™ | Best view on mozilla, internet explore, google crome and opera.